nufnang ads

Monday, 25 July 2011

apa erti cinta?

cinta??

banyak orang cakap:
cinta ni di mana 2 hati bersatu.
di mana kita mula rasa sayang pada seseorang,
di mana bila kita ada perasaan lain yang menghantui minda kita(di mana-mana kita ingat kat dye je)
cinta nie adalah memiliki seseorang yg dpt bantu kita dlm kehidupan..


tapi cuba kita bezakan maksud cinta sebenar 

Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya.Kesyumulannya di dalam diri tidak samadengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.

Tanda kita mementingkan diri sendiri ialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.

Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,alim hati kurang bercakap, banyak berbakti, alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.

so zaman remmaja sekarang nie kita perlulah pandai pikir apa yang patut dilakukan  ataupun apa yang tak patut di lakukan. bercinta di zaman remaja adalah cinta monyet di mana cinta yang hanya hangat-hangat tahi ayam.. di mana habis madu sepah dibuang..

ok arr wa nak chow dulu.. assalammualaikum.

ada apa dengan cinta???

adakah salah kalau kita menyayangi seseorang??
adakah salah jika kita  cakap yang dia itu sungguh sempurna bagi kita??
adakah salah jika kita cakap yang dia itu orang yang first kita cinta??

bagi aku la itu semua tak salah cuma cara kita je yang lain untuk menyampaikan satu maksud bahawa kita memang memerlukan dia dalam hidup kita. pernah sekali aku terjumpa dengan seorang membe aku yang sama satu tempat pengajian aku, yang di mana dia memang betol2 aku suka kat dia. n dia ckp yg dia nie tak sebaik org lain??? tapi aku pelik org lain baik belah mana??? ada ke orang yang fully baik?? aku rasa dia nie betol2 mmg tak suka aku tapi menolak dengan cara yang salah.. takpelah perkara dah berlalu kan???

so skunk nie aku maybe mncari yg lain, yg dpt membantu aku untuk teruskan kehidupan yang serba kekurangan ini..

istimewanya wanita....

baca dan cuba renungkan
1.Bila sorang wanita mengatakan merasa sedih,bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu memohon maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. &n bsp; &nb sp; 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita sukakan pujian tetapi tidak tau nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; 19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Wednesday, 11 May 2011

perangai membe yang paling aku rasa paling aku benciiiii

manusia nie banyak jenisnya, dengan jenisnya yang byk maka byklah perangai nyer kan huhuhu... tapi dalam byk2 perangai yg aku pernah tahu dari membe2 aku ada gak perangai mcm sial.........
perangai2 yg mcm sial pernah aku tengok adalah mcm:
1) kedekut taik edong masin...
ada sorang membe aku nie. kitorang ajak dia g jalan2 ke sabah masa cuti semester laa naik flight dari kl ke sabah... huhhh dalam perancangan aku mmg taknak ajak dia sekali.. tapi dak2 nie kata ajak je kesian dekat dia tuu... sorang2 je nantii... dengan hati yang pasrah aku ajak laa dia nie... masa kat hotel kena lah bayar 59.60 semalam... kami nak tinggal situ 4 hari ada membe 4 orang so sorang sehari la bayo kan...  dia pon bagilah kat aku sebab aku yg handle sume skalii. tup2 lepas bayar dia nak balik 40sen dia.. aku masa takda duit kecik so aku ckp la nanti sahaja laa.... dia kata cepat sikit aehhhh.. punyalah kedekot dye... tiap kali kuar dye mesti tanya duet dye mana,, dengan panas aku bg rm1 habes cite... huhhh aku apalagi ckp ngn membe aku yg lain nie la kawan yg kau nak bawak sangat kan....

2) playboy(sume pompuan dia nak cuba)
tentang playboy nie sejak dari sekolah menengah lagi ada org mcm nieee. ada je aku jumpa kat mana2 pening akuuu.... mamat nie mesti ada je pompuan yg   aku suka dia nak kacaunya itu yg kdg2 buat aku angin... dah boring dengan sorang tu dye tukar yg lainn huhh mmg gila argghhh peranngai dia .. dia la paling aku benci dalam kelas aku tu.....

3) sensitif
sensitif di sini bukan sensitif bila tengok cite ke apa.. nie bila dia kutuk org boleh tapi bila kita kutuk dia. macam haram dia tarik muka kat akuu.. mcm sialll.... masa dia kenekan org mcm2 dya boleh lakukan sampau org pggl dye matial(mesial)  huhhh aku lau org mcm tu.. mmg kejap je laa aku berkawan ngn  dia

nantilah aku sambung balik aku nak chow g jalan2 ngn membe2 aku g berkelah ke tanjung lompat... ok chow assalammualaikum dan senyum sokmo

Thursday, 5 May 2011

kenangan bersamamu

kenangan indah bersamamu kasih pada suatu ketika dulu bersama, saat indah waktu itu kan. nak tahu tak sebenarnya aku sangat menyayangi mu tapi aku tak tahu bagaimana ingin meluahkan perasaan itu.. aku pasti yang kau tidak akan terima ku sebagai kekasih mu kerana pada mulanya kita berkenalan dahulu kau sudah memberitahu bahawa kau ingin belajar dahulu dan tidak mahu pikirkan masalah ini. kerana masalah ini tidak penting bagi pelajar kan. nak tahu tak ?? setiap hari saya tengok gambar awak, saya letak gambar awak jadi background laptop saya supaya senang saya dapat lepaskan rindu saya, saya juga letakkan gambar awak pada wallpaper hp saya. awak nak tahu tak setiap hari saya cakap tentang awak dekat room mate saya, sehingga dia cakap saya sudah gila.  awak nak tahu tak? mereka cakap saya sudah gila dan apa  yg saya lakukan tidak masuk akal kerana ada satu ketika dulu awak baik dengan saya , saya, sayyaaaa tidak meluahkan perasaan saya, saya tak nak sebab saya hormati awak, saya hormati pendirian awak dimana awak ingin berjaya dahulu kan?? awak nak tahu tak walaupun ada orang lain nak satukan saya dengan orang ain saya cakap saya taknak sebab saya masih sayangkan awak, itu sebab saya cakap saya nak study dulu pada mereka...

saya masih sayangkan awak la.... tolonglah awak supaya dapat menjadi kawan baikk saya, kalau boleh menjadi isteri saya yang sah untuk saya. saya bukan memaksa awak untuk pilih saya kan, tappi keputusannya hanya ada pada tangan awak. oklah awak azan pun sedang berkumandang menandakan waktu solat sudah tiba, sampai sini sahajalah warkah saya, jumpa di kemudian hari assalammualaikum

Tuesday, 3 May 2011

keindahan hidup yang sementara

pernah atau tidak kita sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara kerana ada lagi tempat yang perlu kita pergi, rasa-rasanya kan lama lagi kah kita hidup di dunia ini? aku rasa dah tidak lama lagi dah, iman yang dikumpul pun tidak cukup lagi ini, macam mana nanti ya aku disana adakah aku diterima untuk masuk ke syurga? layakkah aku? aku rasa tidak layaklah, dosa pun banyak dari pahala yangaku buat.

aku selalu berdendam dengan orang,tapi aku berdendam dengan orang ada juga sebabnya. salah satu sebabnya adalah untuk beri pengajaran. aku bagi satu contoh, ada sorang mamat/minah yang kau kenal kan dekat blok kau tegur dia, dia elok sahaja, satu hari kau terjumpa dia dekat kedai makan / dekat mana-mana kau tegur dia dengan penuh gembira lepas itu dia layan kau antara nak / taknak je lepas itu ayat yang keluar itu macam ini.

'aeh aku kenal kau ke???'

kalau kenalah la macam ini apa yang korang nak buat, kalau aku, aku akan sound direct laa dan masa itu aku cakap macam inikat dia

' ok kau tak kenal aku kan tidak apa-apa, tapi kau bersiap sahajalah dengan apa yang akan aku buat'
(dengan muka menahan malu berambus dari situ)

selang beberapa hari, terjumpa dengan dia lagi dan dia pun nak tegur kau, aku apa lagi aku terus la tarik muka aku dan pandang lain, baru dia tahu perasaan aku bila dia buat dekat aku dahulu macam mana.. dia masa itu nak marah-marah pula.tak patot tak patot(bak kata P.Ramlee)

selain itu aku suka bersangka buruk dengan orang lain. aku ini jenis yang suka cepat bersangka buruk dengan orang, sebenarnya aku tidak tahu kenapa aku suka bersikap demikian sedangkan perkara ini paling tidak disukai oleh aku, tapi aku tetap berdegil untuk tidak menyukai seseorang itu..

aku bagi satu situasi, ada satu hari ini bila kau daftar di satu tempat (tempat kerja laa). kau akan jumpa pelbagai orang kan?? ada sorang mamat ini dia berlagak dia tahu macam-macam, dan pada masa sama dia rapat dengan semua perempuan dekat situ yang menyebabkan cara dia itu menjadi perbualan rakan sekerja. kami banyak kenakan dia.. dan disitu perasaan benci ini meluap-luap sehingga tengok muka dia sahaja sudah membuat ku rasa benci yang amat..

tapi kan korang kalau kita membenci sorang maka 10 orang akan membenci kita semula tak berbaloi la kalau macam itu kan 1:10.. baik kita buat baik pada semua orang nescaya hidup kita akan berasa tenang dan aman di dunia dan di akhirat..

oklah sampai sini sahaja la aku hari ini, moga dapat berjumpa pada warkah akan datang assalammualaikum dan salam sejahtera senyum sokmo:)

Sunday, 1 May 2011

jejaki hati anda sebelum terlambat

pernah atau tidak rasa hati anda sedang merasai terlalu jauh dari allah.. jikalau ya jawapan anda baik lah anda segera bertaubat dan memohon maaf kepadanya dengan segera..