nufnang ads

Tuesday 3 May 2011

keindahan hidup yang sementara

pernah atau tidak kita sedar bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara kerana ada lagi tempat yang perlu kita pergi, rasa-rasanya kan lama lagi kah kita hidup di dunia ini? aku rasa dah tidak lama lagi dah, iman yang dikumpul pun tidak cukup lagi ini, macam mana nanti ya aku disana adakah aku diterima untuk masuk ke syurga? layakkah aku? aku rasa tidak layaklah, dosa pun banyak dari pahala yangaku buat.

aku selalu berdendam dengan orang,tapi aku berdendam dengan orang ada juga sebabnya. salah satu sebabnya adalah untuk beri pengajaran. aku bagi satu contoh, ada sorang mamat/minah yang kau kenal kan dekat blok kau tegur dia, dia elok sahaja, satu hari kau terjumpa dia dekat kedai makan / dekat mana-mana kau tegur dia dengan penuh gembira lepas itu dia layan kau antara nak / taknak je lepas itu ayat yang keluar itu macam ini.

'aeh aku kenal kau ke???'

kalau kenalah la macam ini apa yang korang nak buat, kalau aku, aku akan sound direct laa dan masa itu aku cakap macam inikat dia

' ok kau tak kenal aku kan tidak apa-apa, tapi kau bersiap sahajalah dengan apa yang akan aku buat'
(dengan muka menahan malu berambus dari situ)

selang beberapa hari, terjumpa dengan dia lagi dan dia pun nak tegur kau, aku apa lagi aku terus la tarik muka aku dan pandang lain, baru dia tahu perasaan aku bila dia buat dekat aku dahulu macam mana.. dia masa itu nak marah-marah pula.tak patot tak patot(bak kata P.Ramlee)

selain itu aku suka bersangka buruk dengan orang lain. aku ini jenis yang suka cepat bersangka buruk dengan orang, sebenarnya aku tidak tahu kenapa aku suka bersikap demikian sedangkan perkara ini paling tidak disukai oleh aku, tapi aku tetap berdegil untuk tidak menyukai seseorang itu..

aku bagi satu situasi, ada satu hari ini bila kau daftar di satu tempat (tempat kerja laa). kau akan jumpa pelbagai orang kan?? ada sorang mamat ini dia berlagak dia tahu macam-macam, dan pada masa sama dia rapat dengan semua perempuan dekat situ yang menyebabkan cara dia itu menjadi perbualan rakan sekerja. kami banyak kenakan dia.. dan disitu perasaan benci ini meluap-luap sehingga tengok muka dia sahaja sudah membuat ku rasa benci yang amat..

tapi kan korang kalau kita membenci sorang maka 10 orang akan membenci kita semula tak berbaloi la kalau macam itu kan 1:10.. baik kita buat baik pada semua orang nescaya hidup kita akan berasa tenang dan aman di dunia dan di akhirat..

oklah sampai sini sahaja la aku hari ini, moga dapat berjumpa pada warkah akan datang assalammualaikum dan salam sejahtera senyum sokmo:)

No comments:

Post a Comment