nufnang ads

Tuesday, 7 February 2012

Surah-surah dan hikmahnya

Surah-surah dan hikmahnya
۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
۞ Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan.
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.
Seterusnya, bagi menangani Syaitan Durjana, dikatakan juga:-
۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG

Monday, 6 February 2012

siapa yang terbaik?????

Di sebuah restoran mahal.. Seorang gadis bertudung makan seorang diri... tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah.. Seorang gadis dari kumpulan itu berkata : "gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.." Seorang anak muda pulak menyampuk: "ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...." Seorang lagi berkata : "eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni...".. Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu... Lelaki tu berkata: ~ Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung. ~ Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu. ~ Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor. p/s : Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. 

Sunday, 5 February 2012

Maruah diri anda, jagalah sebaiknya

Maruah diri anda, jagalah sebaiknya
Lelaki: I nak raba U sikit je sayang . . .
Wanita 1: Tak nak la . . . Kalau terlanjur macam mana ?
Lelaki: Kita kawen la . . . I jumpa ... ... parents U . . .
Wanita 1: Betul ? U nak kawen dengan I ?
Lelaki : Betul sayang . . . Sumpah . . . U diam je k . jangan cakap ape-ape. I pegang sikit-sikit je .
...
Setahun selepas itu . . .

Wanita 1: Sampai hati U . . . Tipu I . . . Dulu U kata nak kahwin dengan I . Tapi bila U dah dapat . U kawen dengan perempuan lain . . .
Lelaki: I lelaki , U ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang-senang boleh dapat ? I nak perempuan yang suci . . . Bukan macam U , yang senang-senang bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami . U ingat I ***** ke
nak kawen dengan U ?
Wanita1: Sampai hati U cakap macam tu , dulu . . . Masa U nak . . . Macam-macam janji manis U bagi .Tapi sekarang U salahkan I ?
Lelaki: I lelaki . . . I cuma uji U je mase tu . . . Tapi U bagi . . . I ambil lah . . .
Wanita1: U memang jantan tak guna . . . I menyesal kenal dengan U !
Lelaki: U menyesal ? Tapi I puas . . . Jangan lupa datang kenduri I nanti .
Wanita1: U akan dapat balasannya nanti !

Lelaki tersebut kemudiannya mendapat jodoh wanita yang diimpikannya . . .
MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA YANG BARU DINIKAHINYA .

Lelaki: Sayang . . . I love U so much . . .
Wanita 2: Me too sayang . . .
Lelaki: I bertuah kawen dengan U .
Wanita 2 : I pun , sayang . . . I ada something nak bagi tahu U ni . . .
Lelaki: Apa dia sayang ?
Wanita 2: Sebenarnya . . . I pernah tidur dengan semua teman lelaki I . . . Untuk suka-suka je . . . Cari kepuasan sebelum kawen . . . Tapi bile nak kawen . . . I cari lelaki baik macam U untuk jadi suami . . . U tak kisahkan ?
Lelaki: What ? ? ?! ! !

Pengajaran: macammna kiter, mcm tulah yg kiter akn dpt..

Jgn pk yg nampak baik tu baik, Yg nampak jahat tu slamenye jahat, Kita manusia tk lari dr melakukan ksilapan..

Saturday, 4 February 2012

Kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal menghalau jin

Kisah Imam Ahmad Ibnu Hambal menghalau jin 

Sebahagian jin yang derhaka memang suka menganggu dan menganiaya manusia dengan pelbagai cara. Salah satu cara jin mempermainkan manusia ialah dengan masuk dan menjelma ke dalam tubuh manusia. 

Manusia yang dimasuki jin disebut kesurupan (kerasukkan) dan tidak sedarkan diri, maka semua gerakan dan percakapannya adalah cakap jin. Walau bagaimanapun jin takut dan tunduk kepada orang solih yang taat kepada Allah.

Pernah terjadi dizaman khalifah al-Mutawakkil, seorang sahaya perempuan telah dirasuk oleh jin. Dia bercakap dan bertindak sesuai dengan kehendak jin. 

Beberapa orang telah cuba menghalau jin tersebut tetapi tidak berhasil. Khalifah teringat kepada Imam Ahmad Ibnu Hambal seorang yang terkenal alim dan taat kepada Allah swt. 

Maka khalifah pun mengutus salah seorang teman Imam Ahmad bertemu beliau. Apabila utusan itu sampai, Imam Ahmad sedang duduk dalam masjid.

"Aku diutus khalifah untuk bertemu tuan" katanya kepada Imam Ahmad. Kemudian dia berkata lagi "Dirumah Amirul Mukminin ada seorang sahaya perempuan dirasuk jin. Khalifah meminta tuan agar berdoa kepada Allah swt supaya sahaya itu sembuh".

Imam Ahmad tidak banyak bercakap apa-apa tentang aduan utusan itu. Beliau terus mengambil sepasang terompah kayu dan diberikan kepada utusan khalifah. 

Beliau menyuruh agar utusan itu duduk disisi kepala sahaya yang dirasuk itu dengan memegang terompah kayu itu dan memberikan kata dua kepada jin agar keluar, kalau tidak akan dipukul 7 kali.

Utusan khalifah terus balik dan melaksanakan apa yang diarah oleh Imam Ahmad. Dia menghampiri sahaya dan duduk disisi kepalanya sambil berkata "Pilih mana satu yang engkau lebih suka. Kau keluar dari wanita ini atau aku pukul kepala engkau sebanyak 7 kali dengan terompah kayu ini"

Mendengar ancaman itu, jin berkata melalui lidah perempuan yang diganggunya "Kami mendengar dan taat kepada Imam Ahmad. Sekiranya beliau menyuruh aku keluar dari negeri Iraq ini, tentu aku akan keluar, kerana Imam Ahmad seorang yang taat kepada perintah Allah." Kemudian jin itu berkata lagi "Siapa sahaja yang taat kepada Allah, tentu dia ditaati oleh segala sesuatu".

Sejurus kemudian jin itu pun keluar dan perempuan yang diganggunya pun sedar dan pulih seperti biasa.

Setelah beberapa masa berlalu, Imam Ahmad bin Hambal wafat. Tiba-tiba jin derhaka itu datang lagi ditubuh wanita yang diganggunya dahulu. Maka jadilah wanita itu dirasuk buat kali kedua. Oleh kerana Imam Ahmad sudah tiada lagi, maka khalifah memanggil salah seorang teman Imam Ahmad untuk mengubat hamba sahayanya.

Teman Imam Ahmad itu pun berbuat sebagaimana Imam Ahmad dahulu iaitu memegang terompah kayu, duduk disisi kepala wanita yang dirasuk itu dengan berkata kepada jin "Sila engkau keluar. Sekiranya tidak, akan aku pukul kepala kau dengan terompah kayu ini sebanyak 7 kali".

Rupanya kali ini jin tahu bahawa yang menyuruhnya keluar bukan Imam Ahmad tetapi hanyalah seorang temannya yang tidak setaat Imam Ahmad. Maka ia pun tidak mengambil perhatian langsung kepadanya. 

Bahkan jin itu berkata 

"Aku tidak akan taat kepadamu dan tidak akan keluar dari sini. Adapun Imam Ahmad Ibnu Hambal dahulu adalah seorang yang taat kepada Allah S.W.T dan aku diperintahkan agar taat kepadanya"

MasyaAllah...hebat-hebat Kisah Para Ulama yg Alim ini...

Friday, 3 February 2012

kepentingan ilmu tasawuf

Kepentingan Ilmu Tasawuf

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahiim

Ilmu Tasawwuf merupakan salah satu cabang ilmu-ilmu islam selain
daripada ilmu akidah dan juga ilmu syariat(fiqh). Ia merupakan suatu
ilmu yang perlu dipelajari oleh setiap muslim demi kesempurnaan
sesuatu ibadah yang dilakukan.
Oleh itu, ilmu tasawwuf ini harus difahami berlandaskan tuntutan Al
Quran dan Sunnah, agar kita tidak tergelincir menjadi kaum yang
memahami secara melampau berkaitan ilmu tasawwuf ini seperti ada
orang yang mendalaminya supaya mendapat kelebihan kelebihan tertentu
seperti kebal, dapat terbang di udara, berjalan di atas air dan
sebagainya. Kita tidak menolak karamah yang diberikan Allah, tetapi
janganlah karamah itu yg menjadi tujuan utama.

Di dalam kesempatan ini, marilah kita sama sama meneliti beberapa
kepentingan dan tujuan tujuan mendalami ilmu tasawwuf. Antara
kepentingan dan tujuan mendalami ilmu tasawwuf adalah :

1. Agar ummat islam dapat menjalani hidup dengan baik dan
seimbang selaras dengan identiti mereka yang difirmankan Allah Taala
(maksud): "dan demikianlah kami telah menjadikan kamu satu ummat
pertengahan"(143:Al Baqarah).

Ummat pertengahan adalah ummat yang bersikap sederhana dalam urusan
kehidupan,tidak terlebih dan tidak terkurang. Mereka dapat
mengimbangi antara urusan dunia dan urusan akhirat. Mereka mengambil
kedua-duanya tetapi mereka mengutamakan akhirat kerana akhirat
itu "khairun wa abqo". Mereka tidak mengabaikan dunia, malah
menjadikan dunia sebagai "mazraa'tul akhirat".

Mereka sedar jika mereka tidak menguasai dunia nescaya ianya akan
dikuasai oleh ummat lain yang akan mengancam keselamatan ummat islam
dan keutuhan syariat islam itu sendiri.Sebagaimana yang dapat kita
lihat pada hari ini,kuasa kuffar laknatullah sedang menggayang
daging ummat islam seluruh dunia terutama di palestin, iraq,
afghanistan dan sebagainya.

2. Agar ummat islam bukan hanya ummat yang berdoa semata mata
kepada Allah tanpa adanya usaha yang bersunguh sungguh. Mereka tidak
semata mata berdoa tetapi mereka terus berusaha kerana mereka faham
maksud firman Allah Taala ( maksud): "Sesungguhnya Allah tidak akan
mengubah nasib suatu kaum sehingga kaum itu sendiri yang berusaha
mengubahnya"(11:ArRa'd).

Mereka juga faham apa yang dilarang oleh Saidina Umar r.a "janganlah
seseorang daripada kamu duduk tanpa berusaha mencari rezeki sambil
berdoa"Ya Allah, kurniakan rezeki kepadaku" maka sesungguhnya kamu
mengetahui bahawa langit tidak menurunkan hujan emas dan perak".

3. Agar kita memahami dan mengerti tentang pengertian ibadah
itu sendiri dalam lingkungan yang luas.Mereka memahami ibadat itu
sebagaimana yang tersebut dalam hadis nabi s.a.w daripada Abi said
Al khudri, sabda nabi (maksud) "peniaga yang benar sifatnya lagi
amanah adalah bersama sama para nabi,para siddiqin dan para
syuhada'" (riwayat attirmizi).

Dr. Yusuf Al Qardawi dalam bukunya " Al Ibadah Fi Islam" telah
memetik apa yang ditulis oleh Syaikh Islam ibnu Taimiah dalah
risalahnya "Al Ubudiah", katanya "ibadah adalah satu nama yang
merangkumi bagi semua perkara yang dikasihi dan diredhai Allah
daripada perkataan-perkatan dan perbuatan-perbuatan, batinnya dan
zahirnya, sembahyang,zakat,puasa,haji,bercakap benar,menunaikan
amanah,berbuat baik pada ibubapa, menghubung silaturrahim,setia pada
janji, menyuruh berbuat baik, baik pada jiran tetangga, anak
yatim,orang musafir, orang miskin, hamba sahaya dan
binatang,berdoa,berzikir,membaca dan seumpamanya itu adalah ibadah.

Begitu juga cintakan Allah dan rasulNya, takutkan Allah, kembali
kepadaNya, ikhlas beragama kepada Allah, sabar terhadap hukumanNya,
syukur atas nikmatNya, redha dengan qada'Nya, bertawakkal padaNya,
berharap pada rahmatNya, takut pada azabNya dan seumpama itu adalah
beribadah kepada Allah."

4. Memahami benar-benar pengertian sebenar zuhud,uzlah dan
tawakkal. Dengan itu tidak menjadikan mereka lemah, tidak menjadikan
mereka miskin dan makan bantuan orang lain, tidak menjadikan meraka
jahil bebal dan mereka tidak dikuasai oleh orang kafir tetapi mereka
menguasai orang kafir. Mereka sanggup berkorban bukan dikorbankan
sebagaimana yang berlaku pada ummat islam hari ini.

5. Dengan kefahaman yang benar terhadap tasawwuf ini
berlandaskan Al Quran, Sunnah dan sirah rasul dan disusuli dengan
penghayatan, meletakkan ummat islam sebagai sebaik baik ummat. Dan
pada ketika itu, ummat umat lain akan tertarik dan terpesona
dengan "khairun ummat" ini dan seterusnya akan berlakulah apa yang
difirmankan Allah Taala (maksud) "Apabila telah datang pertolongan
Allah dan kemenangan, kamu melihat manusia masuk ke dalam agama
Allah beramai-ramai"
(1-2 : An Nasr).

Sebagai kesimpulannya, kemunduran ummat islam tidak boleh
dipersalahkan kepada ulama' ulama' tasawwuf, mereka menekankan agar
manusia bencikan dunia kerana mereka bimbang bila manusia memiliki
dunia, mereka akan lupa daratan.Berkata Sayid Ahmad Al Badawi "orang
boleh kaya dunia tetapi nabi s.a.w melarang kita cintakan dunia,
seperti nabi Sulaiman a.s. dan para sahabat r.a yang kaya, kita
harus menundukkan dunia, dunia tidak boleh diletak di dalam hati".

Mereka ( ulama' tasawwuf) mendesak agar beruzlah kerana bimbang
terhadap mereka yang rapuh imannya, yang tiada ketahanan jiwa dan
kurang takwa, kemungkinan akan terpengaruh dengan masyarakat yang
sudah rosak tamadunnya. Mereka bertindak demikian untuk
menyelamatkan mereka yang lemah agar tidak musnah.

Oleh itu, untuk memiliki dunia, setiap orang islam mesti mempunyai
ilmu, iman yang kuat, takwa, kesabaran, ketahanan, keikhlasan dan
kesedaran betapa pentingnya akhirat berbanding dunia. Dunia hanya
batu loncatan sahaja untuk ke akhirat.

Wassalam.

Thursday, 2 February 2012

kelebihan solat lima waktu

KELEBIHAN SOLAT LIMA WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata,

'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.' 

Lalu Rasullullah saw bersabda,
'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi,
'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya.
Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya.
Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku.
Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.'

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, 
lalu mereka berkata,
'Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang.'

Rasullullah saw bersabda,
'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat.'

Sabda Rasullullah saw lagi, 
'Manakala sembahyang Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir.' Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, 'Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan perkenankan.'

Sabda Rasullullah saw,
'Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.' Sabda Rasullullah saw seterusnya, 'Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu:

1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq. 

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka berkata, 'Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?'

Sabda Rasullullah saw,
'Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah SWT mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah SWT kepada makhluk-Nya.'

Kata orang Yahudi lagi,
'Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu.'

Sabda Rasullullah saw,
'Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah SWT, dia akan diberikan oleh Allah SWT 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. 
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. 
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga. 
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan). 
6. Diberikan cahaya oleh Allah SWT pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath. 
7. Allah SWT akan memberinya kemudian di syurga.' 

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.'

Sabda Rasullullah saw, 'Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat).'

Kata orang Yahudi,
'Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).' 

Sedikit peringatan untuk kita semua:

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah: ayat 155)

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya."

Wednesday, 1 February 2012

fadilat solat jumaat

 Fadhilat Jumaat

•ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi saw biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat 

• Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam 

•Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut 

• Dari Abu Hurairah ra katanya, dia mendengar Nabi saw bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya

• Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga 

•Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik 

•
✿Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat)