nufnang ads

Wednesday 1 February 2012

fadilat solat jumaat

 Fadhilat Jumaat

•ALBAZZAR meriwayatkan bahawa Nabi saw biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat 

• Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam 

•Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut 

• Dari Abu Hurairah ra katanya, dia mendengar Nabi saw bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya

• Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga 

•Nabi Muhammad saw bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik 

Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat) 

No comments:

Post a Comment