nufnang ads

Friday, 17 February 2012

penawar bagi penyakit

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

(Abu Daud)

Huraian
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T. 
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa. 
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya. 
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

Thursday, 16 February 2012

pengorbanan

Pengorbanan...

Seseorang itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yang dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya untuk memberikan manfaat untuk orang lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada penciptanya melalui amal perbuatannya yang ikhlas.

Jujur adalah sebuah pengorbanan yang tidak hanya membuat diri kita terhormat di mata orang lain tetapi lebih utama lagi, terhormat di sisi Allah.

Pejuang sejati boleh dilihat dari seberapa banyak pengorbanan yang diberikan.

Orang yang tidak mahu berkorban adalah orang yang menunjukkan kehinaan dirinya.

Ciri orang yang beriman adalah senantiasa rela berkorban untuk kepentingan umat.

Kesungguhan, kegigihan, keikhlasan dan pengorbanan adalah pilar-pilar cinta sejati.

Tunjukkan rasa cinta kita dengan berkorban kerana tidak ada cinta tanpa pengorbanan.

Allah membenci orang yang bersifat kikir kerana kekikiran itu akan menimbulkan kezaliman dan kedengkian.

Semakin orang itu mencintai apa yang dimilikinya semakin sulitlah dia berkorban untuk orang lain.

Jadilah manusia yang senantiasa mahu berkorban untuk sesama kerana itu menunjukkan kemuliaan akhlak.

Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya.

Semakin seseorang itu banyak berkorban untuk orang lain, semakin mulialah dia di sisi Allah dan manusia.

Allah mencintai orang yang berkorban dengan harta dan jiwa untuk menegakkan kebenaran.

Allah sangat mencintai orang-orang yang berkorban untuk mendapatkan keredhaanNya, kerana itu menunjukkan cinta sejati pada Allah.

Wednesday, 15 February 2012

seriusnya cinta lelaki

Bila lelaki serius dalam percintaan
Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan… Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah…

Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi…kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek…

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu… Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

Tuesday, 14 February 2012

jodoh

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, 13 February 2012

peringatan demi nasihat

Peringatan Kepada Semua Termasuk Diri Saya Juga...!!!

Lelaki yg memakai Jubah dan Serban dan Perempuan yang memakai Jubah dan Niqob jika anda ada perasaan sombong dalam hati dengan manusia lain dan anda berasa diri anda sudah hebat dari orang lain maka Allah BAKAR anda didalam NERAKA juga,jgn sekali-sekali kita berpakaian sebegitu kita telah berasa kita ini baik dan perlu sombong kepada orang lain...!!!

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 

“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” 
(Hadis riwayat Muslim) 

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 

“Tiga golongan yang tidak ditegur Allah, tidak disucikan, dan tidak diperhatikanNya kelak di hari kiamat, dan mendapat seksa yang pedih iaitu: orang tua yang tetap berzina, penguasa (pemimpin) yang dusta, dan fakir yang sombong.” (Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: 

“Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” 
(Hadis riwayat Muslim)

AlSurah al-Qashash; ayat 83; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 

“Negeri Akhirat itu (kebahagiannya dan keni’matannya) Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak menyombongkan diri dan tidak berbuat kerosakan di muka bumi.”

Surah Luqman; ayat 18; Allah S.W.T berfirman yang bermaksud: 

“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong lagi membanggakan diri.” 

Jangan Berasa Diri Anda Hebat...!!!

Sunday, 12 February 2012

inai dan wanita

HADIS BAB INAI BAGI PEREMPUAN...

Peringatan Buat Kaum Hawa Yg Suka Memakai Inai Seperti Ini...!!!

Dari Ibnu Umar ra katanya: 

“Bahawasanya Rasulullah S.A.W mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan. Dan (Rasulullah S.A.W) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”

(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim).


2. Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda : “Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain, wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”

(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)


Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :

"Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”.

Tak ape kalau tak tau sebelum ni maka Taubat semula ya.. yang dah tau jgn dok gatal2 gedik2 nak pakai gak.. Allah melaknat orang yang pakai inai berukir seperti ni...!!!

Saturday, 11 February 2012

surat cintaku

surat seorang suami kpd isterinya ketika keluar jalan allah...

WAHAI ISTERIKU

Hari ini aku pergi
meninggalkan kamu
meninggalkan anak-anak kita
meninggalkan rumah kita
yang penuh kenangan.

Hari ini aku pergi
kerana perintah dari Dzat
yang telah menancapkan
getaran dihatiku
ketika menatapmu
di saat malam pertama kita

Hari ini aku pergi
untuk menyenangkan hati Seseorang
yang telah korbankan seluruh hidupnya
untuk kebahagiaan kita hari ini
sehingga kamu dan aku
berjumpa dalam keadaan islam

Hari ini aku pergi
untuk menghapuskan luka
Sayyidul Ambia’ Muhammad S.A.W
kerana lautan maksiat
yang telah dibuat oleh orang
yang mengaku sebagai umatnya

Jadi…. wahai isteriku
aku pergi tinggalkan kamu
bukan kerana aku tak menyayangimu
tetapi kerana…
ada mata yang tak mengantuk mngawasi kita
mengawasi cinta kita
ada tangan yang akan menghancurkan kita
ketika cinta kita
melebihi cinta kepadaNya…

Jika esok….
ketika kau terbangun dari tidurmu
kau dapati aku tiada disisimu
maka…cepat lah bertahmid
ALHAMDULILLAH….

Kenapa?
bukankah Ummul Mu’minin Aisyah r.a
ketika merasa senang
kerana hidup bersama Rasulullah S.A.W
Rasulullah S.A.W katakan:
“Bahawa orang yang paling bahagia adalah orang yang suaminya keluar dijalan Allah
kerana dia bukan hidup dengan kekasih Allah tetapi dia hidup dengan Allah swt”

Jika esok
ketika melihat kamar kita sepi
tiada gurau senda
seperti hari sebelumnya
maka…
bayangkan olehmu
bagaimana rumah sahabiah
suami mereka selalu pergi membawa pedang
terkadang tiada khabar
yang ada hanya kubur…
tetapi apa mereka katakan….
biarlah rumah kami sepi
asalkan rumah-rumah diseluruh alam
penuh dengan nur iman

Jika esok….
tiada tangan yang memberi suapan
ketika kau makan
seperti selalu
yakinlah wahai isteriku
Allah swt akan menyuapmu
dengan hidangan yang memiliki 70 rasa di jannah
yang tak akan jadi kotoran yang jijik…
bahkan mngeluarkan keringat melebihi kasturi

Jika esok musibah dan ujian datang kepadamu
dalam kehidupanmu tanpa aku
lihatlah hatimu
kemana kamu berlari?
saat itu Allah swt melihat hatimu..
segeralah berwudhu
dirikan solat
mengadulah kepada Robb mu
kau akan bahagia
di dunia yang sementara
dan akhirat yang kekal abadi

Jika saat itu
kau cari pertolongan dengan kebendaan
itulah kegagalan dalam hidupmu
kau akan menderita selama lamanya

Janganlah kamu bangga

seandainya dapat seluruh dunia dan isinya
tetapi… kamu kehilangan Allah swt
maka itulah kerugian yg besar bagi mu
biar pun…
kau berhasil menjaring Jibril a.s
dan kau boleh perintah mengikut kehendakmu
itu pun bukan kejayaan
jika hari harimu kehilangan Allah swt
orang yang kehilangan Allah swt
kehilangan segala galanya
padahal…
barangsiapa yang dapat Allah swt
dia dapat segala galanya

Jika esok
kau lihat rumah jiran kita
suara tawa dan keceriaan terdengar dari sana
suami mereka selalu dirumah
tak pernah khuruj fisabilillah
jangan kamu iri…
tetapi kasihanilah mereka..
kerana..
mereka sedang dalam tangisan dan permusuhan
yang hebat dirumah mereka
dirumah mereka akan datang malaikat maut
menjemput setiap nyawa yang ada
tanpa belas….
walau mereka kata…
jangan ambil isteriku
jangan ambil anakku
takkan ada tebusan sedikit pun
dan tak tertangguh sesaat pun
saat itulah penyesalan datang
Ya Allah kerana kesibukanku dengan dunia
dan memenuhi hajat isteriku
aku lalai dengan perintahmu
aku lemparkan sunah-sunnah Rasul
dan begitu asyik makan minum
bersama anak isteriku
seperti haiwan….

Isteri dan anak-anak pun akan berkata;
wahai suamiku..
mana tanggungjawabmu?
kau tak pernah sirami hatiku dengan nur iman
tak isi buku catatanku

Bayangkanlah oleh mu
bagaimana jika seorang suami
yang hanya pandai mencari duit
apakah buku amalanmu akan brtambah…?

Jadi isteriku…
kepergianku melewati batas negeri
adalah untuk persiapan
pesta yang besar-besaran untuk kebaikan kita bersama

Ahli dunia
yang belum selesai tugasnya
akan gelisah
tak boleh tidur dan makan
Aku pun demikian
tak akan tenang
kerana belum sempurnakan iman
kamu dan anak-anak kita

Aku takut satu hari nanti
dimana bumi dibelah
dan isi dadanya dikeluarkan
sedang Allah swt berfirman; Iman kamu tak diterima….

Walaupun kita menunaikan haji
dan berjuta kebaikan
jika iman tak diterima
maka habislah segala galanya
kerana dalam hati ada selain dari Allah swt

Ketahuilah bahawa kematian adalah hari raya
bagi orang yang memiliki iman kamil
sedang bagi orang kafir
kematian adalah puasa selama lamanya

Aku tinggalkan kamu
untuk merubah kesedihan
dalam kematian menjadi hari raya yang meriah

Ingatlah…
maut adalah kenderaan
setiap insan menuju Allah swt

Pada saat itu
apa yg kita perlukan?
bukan harta atau kerajaan
tapi iman dan amal soleh
sedangkan untuk sempurnakan iman
adalah korban mujahadah
harta ,diri dan masa
pada jalan Allah swt

Percayalah
walaupun aku yang maju dihadapan musuh
tetapi kamu yang terlebih dahulu dibukakan pintu syurga
oleh Malaikat Ridwan a.s
kamu akan menunggu 500 tahun
berhias dihadapan cermin emas
dan menjadi ratu kepada 70,000 bidadari
dan malaikat..

Itulah sebabnya…
jangan tertipu dengan wanita dunia
apa pun yang mereka buat
tiada harga disisi Allah swt
jika iman tiada dalam hati..

Malik bin Dinar pernah berkata;
nilai wanita cntik didunia ini
tidak lebih dari biji kurma saja

Maafkan aku..
kerana tak pernah
membawamu ke salon dunia
kerana aku tak mahu kamu ditipu mereka

Baju yang kamu pakai pun
dari bahan yang murah
dan berwarna hitam
menutup wajah manismu

Tapi ketahuilah…
baju itu lebih baik
dari dunia dan seisinya
kerana itulah pakaian isteri seorang raja dunia dan akhirat
iaitu pakaian Ummul Mu’minin
isteri Rasulullah SAW

Jadi, jangan terpesona dengan pakaian ahli dunia
gelang yang mereka pakai
akan dipanaskan dan ditempel dipunggung mereka
gincu yg mereka pakai
akan menarik mulut mereka sampai ke perut
rambut yg didedahkan pada org
akan digantung dan dibakar api dibawahnya

Dan pada hari itu…
tiada lagi siulan yang mengagumi mereka….
mereka berteriak….
alangkah baiknya jika aku berhijab dahulu
aku terfitnah dan menyebar fitnah

Jangan kau tambah ilmumu tentang keduniaan
yang mnyebabkan kamu mencintainya

Aku bangga
jika orang bertanya kepadamu
dimanakah tempat shopping terhebat di sini?
sedangkan kau mengatakan kamu tidak tahu

Ketahuilah….
Sahabiyah r.ha tidak tahu jalan dikampung mereka sendiri
tetapi…
mereka tahu jalan-jalan menuju syurga
itulah sebabnya mereka telah hantar
anak-anak dan suami mereka ke syurga dengan jalan pintas

Teriakan mereka
menjadikan orang seperti Amru Bin Jamuh yang lumpuh
menjadi masyhur di langit
Isteri Amru berkata;
pergilah kamu bersama anak-anak
janganlah kamu menjadi pengecut..

Ketahuilah…
kerana wanita menyeru jihad
telah ramai lelaki menjadi raja di Syurga

Nota kaki
Surat ditulis di Markas Raiwind , Lahore , Pakistan
Penulis : Abu Navisah dan Abu Aviroh Abidah