nufnang ads

Friday 19 August 2011

apa ada dengan COuPLe

Couple ...

Sungguh... di sepanjang hidup ini akan ramai orang yang meminati kita secara terang-terangan dan diam-diam. Mungkin kerana rupa, harta, IQ, pangkat, budi bahasa dan sebagainya.

Dan kita juga tidak terkecuali daripada meminati sesiapa sahaja yang istimewa pada kaca mata kita. Kerana manusia sukakan perkara yang istimewa.

Setiap orang akan melalui perasaan tersebut. Apatah lagi bila seseorang yang istimewa pada pandangan kita juga menjadikan kita insan istimewa di hatinya. Kejadian ini sering membawa kepada budaya couple. Nak ajak kawin, sekolah tak habis lagi ! Kita couple la dulu.

Apa matlamat couple ?
Kepada yang ber'couple', apa matlamat anda couple ? Sebab sayang ? Nak ajak kawin ? Motivasi untuk belajar ? Mencari redha Ilahi jauh sekali.

Apa anda buat sepanjang couple ?
SMS? MMS? chatting ? Dating ? Keluar makan ? Tengok wayang ?

Cinta pertama
Cinta pertama anda bukan lagi hak mutlak seorang suami/isteri kerana anda punya sejarah couple yang lama dan ramai. Anda akan menghitung baik buruk suami/isteri anda dengan pasangan-pasangan couple anda sebelum ini. Ada juga rumahtangga yang tergugat saat kekasih lama muncul kembali dalam kamus hidupnya. Jika pun couple anda selamat menjadi pasangan anda yang sah, kalian akan cepat menghadapi masa kejemuan kerana telah lama bersama dan wujud banyak kesangsian pada pasangan masing-masing. Inilah akibat dari dosa couple.

Keputusan yang berat
Aku Tinggalkan Cinta Kerana Dia adalah contoh realiti tindakan sepatutnya yang diambil oleh pasangan couple yang masih belajar. Walaupun berat, ia adalah keputusan yang terbaik untuk kalian berdua. Jika couple diteruskan maka banyak perkara negatif yang bakal timbul dan impaknya lebih besar berbanding anda meninggal cinta sementara ini kerana Allah. Jika kalian telah ditakdirkan untuk bersama, maka Allah akan pasti menemukan kalian kembali. Jika tidak, maka Allah lebih tepat perkiraannya. Relakanlah dia pergi
apa komen anda?

No comments:

Post a Comment