nufnang ads

Sunday 31 July 2011

ketika...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
 18. KETIKA ADA NIAT INGIN BERPUASA PENUH 
berpuasalah dengan ikhlas dan bukan kerna terpaksa....

selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan al-mubarak ini....

apa makna lelaki sejati bagi anda???

adakah seperti aaron aziz dalam cerita KL gangster????

adakah seperti shaheizy sam dalam cerita kongsi???

tapi apa yang para perempuan cari dari lelaki ye????

ini ada laa sedikit informasi selepas wa dah menjelajah dekat FB

haa tengok laa sendiri...

Aku bertanya pada Ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu?

Ibuku menjawab, Nak...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang
kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang
disekitarnya....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang
lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan
kebenaran.....

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah
sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap
bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia
di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia
dihormati didalam rumah...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya
pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang
bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya
wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap
wanita yang dicintainya...

Laki-laki sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab
yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi
lika-liku kehidupan...

Laki-laki Sejati bukanlah dilihat dari rajinnya
membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia
menjalankan apa yang ia baca.......


haa dah abes baca kan??  wa nak tido dulu laa...

Saturday 30 July 2011

pengambilan baru ke UNIVERSITI...

perhatian!!!!!
kemasukan baru ke universiti ..
tarikh : 1 Ogos 2011
name UNIVERSITI : Universiti Ramadhan
course wajib : berpuasa
.course special : terawih
course tambahan : baca al-quran ,zikir, solat sunat, sedekah dan niat buat baik..
klulusan : ijazah takwa
konvo : 1syawal
*extra...t awaran mlnjutkn
pgajian ke peringkat master
course : puasa 6...
jom join!!
sesape yang rasa diri layak untuk masuk ke UNIVERSITI silalah daftar..... tidak memerlukan kelulusan apa-apa....
layan perasaaan xcited nak berpuasa sehari dua nie.. huhuhu
moga berjaya menahan nafsu selama sebulan mendatang ye...

puasa???

tiba bulan posa je teringat masa kecik2 dulu... mak pernah cakap kalau dapat posa penuh mak akan bagi ganjran contohnya mak akan bagi wet laaaa....

zaman sekolah rendah pon same jee....

tapi bila masuk zaman remaja sikit...

contohnyaa sekolah menegah kannn

mesti ngn kwan2 cari port/tempat terbaikk untuk g ponteng posa...

rahsia ponteng posa nie kami berapa org je yg tahu....

tapi bila dah kantoi ngn org kampung

gila punya mallu laa masa tuu huahuahuahua

tapi tahun demi tahun aku tempuhi posa yg sama

tapi....

tempat yang berbeza

suasana kehidupan yang berbeza

juadah berbuka yang berbeza

tenaga yang digunakan juga berbeza...

tapi insyaallah puasa kali ini akan lebih seronok

so bagi yang beragama islam tu janganlah lupa untuk berpuasa ye jangan buat-buat lupa pula ye... raya nak penuh tapi.... PUASA punyalahhh banyak yang nak ditinggalkan ye... huk3

pergi bandar bersama mami
beli teropong tengok anak  bulan
bulan ramadhan menjelma lagi
moga cukup posa sebulan...


hehehehhe

oklah macam biasa malam2 nieyhhh nak mesej ngn awek tapi takde awekkk

gamaknyeee tidur je laa malam nie,, ok apa pon hidup nie mesti diteruskan ye tak????

assalammualaikum dan selamat malam semuaa....

Friday 29 July 2011

pekena orang jomm

oorg skunk byk yg pepandai bukan??

tapi byk org yg pandai nie kekadang pikiran diorang terarah ke satu tujuan dan juga matlamat contohnya masa belajar kat U nie kan??? diorang nak dptkan yg terbaik dlm pelajaran...

tapi????

diorang tak nmpk apa yg sedang berlaku di persekitaran diorang nieyhhh

ada yg malas amek tahu pon..

ada juga yg ckp benda2 nie sume tak masuk peksa ponn

ayat yg paling bang ang pernah aku dengar dari membe aku...

ada juga kawan pandai aku nie yg kira bijak dalam kelas setiap masa nak serius je...

kekadang kan kami tak faham apa yg mereka kehendakkan sehingga kami TERPAKSA untuk meminggirkan dia.. huhu

kekadangnya yg BIJAK nie kan, boleh menjadi seBODOH-bodoh umat org ckp

jika sekali dia berada di atas kan. sesekali jika ia tergolek ke bawah... dia akan....

berasa rendah diri dan akan menjatuhkan org lainn..

aku paling pantang lau ada membe pandai aku wat mcm nie... kekadang tension juga ngn golongan bijak mcm nie...... huhhh ><"

beringat sebelum terlambat

berbuatlaa baik walaupun tidak mendapat pujian

belajar dalam hidup ini bukan hanya untuk exam sahaja tapi pengalaman kita di tempat pembelajaran..

pengalaman yang mengajar kita menjadi lebih baik dan bukan EXAM

wa mau tido dulu laaa wa nak refresh minda aku yang telah bersarang labah2 selama seminggu tidak digunakan

assalammualaikum

Thursday 28 July 2011

pengajaran dari pengalaman

semua mesti pernah  mndpt pengalaman dari kehidupan masing2 kan???

selama hidup di dunia ini byk orang aku pernah jumpa,

ada yang baik

ada yang pandai

ada yang rajin

boleh ikutkan macam2 pernah aku jumpa

dan boleh kata lah mereka ini semua banyak mengajar aku cara kehidupan di dunia yangg serba serbi kurang....

ada yang membantu aku dalam percintaan yang bakal aku tempuhi,

pasal family,

pasal anak,

pasal keluarga yang akan kita bina nantii..

tapi dalam banyak2 yang mereka ajar padaku selama ini, hanya beberapa yang sangkut dalam kepala hotak aku nie antaranya:

"Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat"

“Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan anda diabaikan orang.”

Wednesday 27 July 2011

pernahkah anda bertengkar dengan sahabat anda??

jawapannya mesti pernah kan3?

nak tahu tak kerana pertengkaran demi pertengkeran yang berlaku antara anda dan kawan anda persahabatan antara anda berdua di uji sebenarnya..

jika kita berjaya menyelesaikan masalah antara kita dan kawan kita, kita akan lihat keakraban kita dengan kawan kita semakin erat.

jangan kita hidup dengan pernah menganiaya sahabat yang kita kenal selama ini, kerana dengan teman kita dapat tempuhi hidup yang susah ini contohnya di Universiti jauh dari family..

buat kawan2 yang ku sayang....

Apa erti kawan ?
Jika tidak suka menolong .

Apa erti kawan ?
Jika asyik bermasam muka .

Apa erti kawan ?
Jika kejujurannya dipertikaikan .

Apa erti kawan ?
Jika tiada rasa sayang .

Apa erti kawan ?
Jika tiada belas kasihan .

Apa erti kawan ?
Jika kebaikan tidak dinilai .

Apa erti kawan ?
Jika diri tiada teman ....

Kawan yang mulia ,
Kawan yang sebenar,
Kawan yang abadi..

ILMU
ialah kawan yang sejati !
 
Di manakah letaknya
kejujuran,

Apakah sebenarnya erti
pengorbanan,
Antara kuasa, cinta,
nafsu dan keinsanan.
 
Meskipun pelbagai kesengsaraan
menimpa hidupmu

walaupun kesakitan dan keperitan menjadi
bebanan

tabahkan hatimu
harungi lautan ini
demi matlamat yang kau gapaikan
 
bumi neraka pernah kau lalui
bagai mimpi ngeri bagimu

bangunlah kawanku..
 
bangun... 
 
bangun....

sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini

bendunglah segala gejala sosial

menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat
mahadzir

agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri
rahmat....

doakan sekalung doa buat teman2 anda yang sudah tiada di muka bumi ini dan juga yang masih ada.... janganlah sakiti hati teman anda.....

assalammualaikum dan senyum sokmo ye kawan2

Monday 25 July 2011

apa erti cinta?

cinta??

banyak orang cakap:
cinta ni di mana 2 hati bersatu.
di mana kita mula rasa sayang pada seseorang,
di mana bila kita ada perasaan lain yang menghantui minda kita(di mana-mana kita ingat kat dye je)
cinta nie adalah memiliki seseorang yg dpt bantu kita dlm kehidupan..


tapi cuba kita bezakan maksud cinta sebenar 

Cintakan Allah adalah cinta yang tidak pernah luntur dan abadi. Cinta selainnya adalah Cinta yang luntur dan berakhir.

Islam adalah agama yang syumul. Hendaklah kita bangunkan kesyumulannya.Kesyumulannya di dalam diri tidak samadengan kesyumulan di dalam rumahtangga dan tidak sama kesyumulan di dalam jemaah. Kesyumulan di dalam jemaah tidak sama dengan kesyumulan di dalam negara.

Natijah orang yang berfikir itu ialah merasa kebesaran Tuhan dan terus tunduk pada perintah Allah.

Tanda kita mementingkan diri sendiri ialah tidak berniat membela fakir miskin dan orang yang teraniaya.

Alim lisan pandai bercakap, tidak berbakti,alim hati kurang bercakap, banyak berbakti, alim lisan dan hati, bercakap dan beramal sama selari.

so zaman remmaja sekarang nie kita perlulah pandai pikir apa yang patut dilakukan  ataupun apa yang tak patut di lakukan. bercinta di zaman remaja adalah cinta monyet di mana cinta yang hanya hangat-hangat tahi ayam.. di mana habis madu sepah dibuang..

ok arr wa nak chow dulu.. assalammualaikum.

ada apa dengan cinta???

adakah salah kalau kita menyayangi seseorang??
adakah salah jika kita  cakap yang dia itu sungguh sempurna bagi kita??
adakah salah jika kita cakap yang dia itu orang yang first kita cinta??

bagi aku la itu semua tak salah cuma cara kita je yang lain untuk menyampaikan satu maksud bahawa kita memang memerlukan dia dalam hidup kita. pernah sekali aku terjumpa dengan seorang membe aku yang sama satu tempat pengajian aku, yang di mana dia memang betol2 aku suka kat dia. n dia ckp yg dia nie tak sebaik org lain??? tapi aku pelik org lain baik belah mana??? ada ke orang yang fully baik?? aku rasa dia nie betol2 mmg tak suka aku tapi menolak dengan cara yang salah.. takpelah perkara dah berlalu kan???

so skunk nie aku maybe mncari yg lain, yg dpt membantu aku untuk teruskan kehidupan yang serba kekurangan ini..

istimewanya wanita....

baca dan cuba renungkan
1.Bila sorang wanita mengatakan merasa sedih,bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia masa untuk menenangkan hatinya sebelum kamu memohon maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang. &n bsp; &nb sp; 4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita sukakan pujian tetapi tidak tau nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu, tolak cintanya dengan lembut, sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia buat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja 8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; 13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal. &nb sp; &nbs p;   ; & nbsp; &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ; 19.Jika masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya.
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.