nufnang ads

Friday 29 April 2011

hari ini hari gilaku

aku alami sakit teruk yang telah membuat ajalku hampir tiba, kenapa aku membuat diriku ini menghampiri dengan ajal, ya allah aku ingin memohon maaf padamu kerana aku tidak sanggup lagi menahan sakit yang telah kau berikan ini... subhanallah, ya allah aku sayang padamu, kalau boleh aku ingin hidup lama ya allah di muka bumi ini, aku ingin hidup yang bermakna, aku ingin hidup hamba2 mu yang lain balik  ke jalan yang benar, balik ke jalan mu ya allah, semalam sahaja aku telah nampak maksiat di depan mataku. sebelum ajalku tiba ya allah berikan kekuatan  kepada hamba mu ini untuk membantu umat mu yang lain balik ke jalan yang benar
 allahu akbar allahu akbar allahu akbar  ya allllaaaaahhhh

Wednesday 27 April 2011

kehilangan yang abadi

sangat sedih hari ini kerana kucing saya telah mati sebab dilanggar oleh kereta :( nak buat macam mana ni sangat sedih kerana kucing itu dibela dari kecil..

si dia sudah berpunya, dia dengan kawan satu kampung dengan dia, so saya tidak akan buat kacau lagi la dengan dia :(

lesen saya kena saman sampai tahap dia, so saya kena ambil lesen balik, pergi belajar balik semua,.

kenapa semua ini berlaku dalam satu hari, sangat sedih, inilah yang dinamakan jatuh di timpa tangga..

sungguh berdebar rasa hati ini menunggu hari esok

subhanaallah, hari esok merupakan hari ujian akhir bagi saya. saya  masukkan esok dah bermulanya final exam, kertas first sahaja dah menakutkan aku. allahuakbar nak membacanya jauhla sekali sebab saya ni sudah la orang yang malas study. huhuhu kenapa budak-budak course dia boleh start awal pula exam nie aekk saya pelik la. huhuhu tapi takpe itu tidak mematahkan semangat saya untuk teruskan perjuangan saya sebagai seorang pelajar universiti.. chaiiiyyookk2.. bangun la kamu sebelum terlambat kalau tidak kamu akan rugi,belajar ingat pesanan family awak tu. jangan lupa solat kerana solat tiang agama...

Tuesday 26 April 2011

salah ku pada hari ini

bangun pagi hari ini sungguh banyak masalah yang ku hadapi,, kata orang dulu-dulu kalau ada masalah maknanya kita banyak buat silap betul ke apa orang dulu-dulu cakapkan, aku macam tidak percaya. tapi mesti ada sebab kan.. tapi kenapa mesti ada orang yang bersikap kurang ajar ya, yang ini aku tidak puas hati, tapi apa-apa pun aku tidak ambil kisah.

aku sudah lama hidup di perantauan selama aku hidup di selangor tidak pernah aku jumpa orang seperti dia tapi kenapa mesti dia yang menyakiti hati aku, dengan perbuatan yang dilakukan, walaupun aku tahu aku tidak bersalah tapi kenapa, aku rasa mungking dia tak pernah nak fikir positif tentang aku lah.. tapi lupakan sahaja itu semua kerana itu semua merupakan kisah dunia yang sementara, jangan kita ikutkan perangai syaitan kalau tidak anda dilahirkan sebagai syaitan yang bertanduk. itu sahaja la pagi ini.. sungguh terkilan dengan perangai dia yang tidak pernah berubah..

Monday 25 April 2011

TENTANG KEHIDUPAN

assalammualaikum dan salam sejahtera, hari ini sungguh menggembirakan kerana aku terpikir akan kehidupan yang bakal ku tempuhi bersama si dia. dapatkah aku membahagiakan dia dengan keadaanku yang tidak seberapa ini, dialah dah la pandai setahu aku, mungkin dia akan dapat kerja yang lagi tinggi pangkatnya dari aku.

aku tak nak susahkan orang yang aku sayang, nak tahu tak walaupun aku suka akan si dia tetapi diri ini tidak akan senang bercakap dengan dia sebab aku sedar bila masa remaja kita banyak bercakap dengan si dia. kita akan cepat bosan bila sudah berkeluarga.. lainlah jika kita mempunyai inisiatif lain untuk mengeratkan lagi hubungan dalam keluarga tersebut..

dalam kehidupan ku seharian aku dapat lihat dia tersenyum sudah menggembirakan dan menyenangkan hidup ini dan aku bagaikan di syurga. (ayat yang tak boleh bla).. sebenarnya aku seronok bila semua orang tersenyum kerana senyuman setiap orang adalah berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri, kalau tak percaya mulai sekarang cuba tengok senyuman orang lain.. dan itu adalah satu cara untuk hilangkan stress..

aku banyak cara nak hilangkan stress cara yang paling terdekat adalah dengan melihat muka dia, kerana keayuan dia sahaja sudah dapat tenangkan seseorang, itu lah keajaiban tuhan.. cara lain adalah dengan jerit sekuat mungkin, pergi tepi pantai dan duduk disitu cari ketenangan dan juga berjalan-jalan..

sungguh seronok hari ini

LIRIK LAGU KEKASIH HALAL

aku telah lelah
memilih memilah mencari wanita
siapakah dirinya
yang kan menjadi kekasih halalku
tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga
dia gadis bertudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha
Dia gadis bertudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya
jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku
tiba-tiba aku terpana
ada kejutan tak terduga
dia gadis bertudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha
Dia gadis bertudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya
jadikan diriku halal
memeluk halal menciummu
lekaslah jangan tunda
untuk menjadi kekasih halalku
itu itu dia gadis bertudung merah
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia soleha
Dia gadis bertudung merah
bawalah diriku padanya
takkan habis ku berdoa
jadi kekasih halalnya


lagu ni terbaik sebab lagu ni penuh dengan pesanan kepada para remaja zaman sekarang. aku varu tahu lagu ini sedap didengar rupanya..:)

Sunday 24 April 2011

DUGAAN TUHAN

alhamdulillah hari ini dapat juga aku mengupdate blog aku, untuk sekian lamanya , sejak aku lahir lagi aku di ajar oleh family ku untuk sabar , tabah , dan terima dengan penuh keinsafan apabila ada masalah yang datang kepada ku, selesaikan masalah itu dengan penuh kesabaran dan ikhlas kerana jika buat dengan penuh keikhlasan, sesuatu perkara yang baik akan tunggu kita insyaallah

dugaan yang kita hadapi tidak semestinya adalah masalah kewangan sahaja, sakit sahaja, malah dengan kawan, orang sekeliling kita, dengan laptop kita juga, dengan barang-barang yang kita pinjam pun boleh jadi dugaan bagi kita... tapi kalau boleh selesaikan dengan baik lah jangan sampai timbul pergaduhan ya.. saya ini hanya menasihati tidak semestinya saya tidak punya masalah macam awak semua kan..sebenarnya saya lagi banyak masalah.. tapi saya berfikiran positif kalau saya tidak berfikiran positif , n berfikiran negatif mungkin saya sudah tidak ada dekat bumi ini lagi ...

saya pun dah mamai, dan dah ngantuk gila dah ini sebab dah dua hari tak tidur dah.. so sampai sini sahaja la kali ini ya, assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu malaysia saya ucapkan pada semua..

Friday 22 April 2011

HARI YANG PERIT DALAM HIDUPKU MENJELMA KEMBALI

hua hua hua nak nangis rasanya hari ini, biasalah hari sabtu kan hari paling malang bagiku sebab tak dapat jumpa dia itu sahaja sebenarnya... yang lain tidak ada apa-apa, huhu tapi aku bersyukur sebab aku masih hidup.

nak dengar satu cerita tak??

nak dengar tak??

nak atau tak nak??

mestilah nak kan lau bab ngumpat mengumpat ini korang paling cepatkan, ok kita mulakan cerita ini dekat bilik tersayang aku ok. tapi cerita ni dah lama lah

aku tersedar dari tidur dan mendapat satu mesej dari seorang member yang nak buat prank pada kawan aku yang lain pada bulan februari..
mesejnya berbunyiii begini(krooaaaaaakkkkkkkkkkkk)(bunyi pintu terbuka)

'hoi jom wat rncgn kat dak tu sok bday dia la'

aku apa lagi dapat mesej macam nie tersegar terus biji mata aku yang aku tahu bulat ni.. rancangan-rancangan dibuat dengan rapi sekali, kami buat-buat hanya suka-suka. rancangan yang kami buat ialah seperti berikut:

1) baling telur apabila sampai selekoh maut (kalau boleh kene kat bahagian kepala dia)
2) baling tepung 1 kotak dekat dia sebab kita orang akan gunakan satu paket tepung sahaja lebih tu boleh buat cucur, tak pun mak dia boleh buat kek..
3) tarik dia bawa @ tolak dia masuk dalam sungai

haaa inilah prank kami nak buat sebenarnya banyak lagi plan tambahan kami.. banyak sangat tak terkira.. pada hari yang telah ditakdirkan tarikh lahir dia pada hari itu, rancangan yang dibuat berjalan dengan jayanya sampai plan kami yang terakhir kami tolak dia dalam sungai yang banyak dengan buaya, itu yang membuat saya pelik sebab sebelum ini tempat ini tidak pernah ada buaya..

selepas tolak kami semua balik dan setibanya dirumah mak dia bertanya mana anaknya dan aku menjawab tidak tahu, mak secara kasar bertanya soalan itu berulang kembali sambil tangan di badan aku...

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

berulang-ulang kali

sampai aku tersedar yang aku hanya bermimpi..... rupa-rupanya dah maghrib dah itu yang mak aku kejutkan aku suruh bangun itu... huhhhh inilah pengalaman paling ngeri pernah aku hadapi.....

moralnya disini jangan tidur pada senja hari

sampai disini sahaja aku pada hari ini nak pergi bersiap ke bandar ok bye dan assalammualaikum dan seyum sokmo :)

Thursday 21 April 2011

perasaan yang tak pasti

bengang betul dengan sorang mamat nie tol la.. aku dalam hidup susah sangat nak serius tapi bergurau nombor satu aku ni. aku susah kalau tak bergurau dalam satu hari aku akan rasa lain. ingat dulu lagi masa tengoko cerita ali setan haaaa mungkin aku macam itu kot. tapi masa ali setan berlakon itu kan dia ada gak jatuh cinta dengan sorang awek dalam area situ, huhuhuhu wow dah terlalu jauh perginya aku ini.

berbalik pada mamat yang aku anti itu, aku pikir aku boleh baik dengan semua orang dengan bergurau senda tapi tak boleh sebenarnya, manusia kan ada pelbagai ragam, ada yang boleh bergurau, ada yang nak serius sahaja, tapi nak tahu tak setebal-tebal misai polis trafik, semasam-masam muka polis dia orang boleh lagi bergurau tahu tak????? inikan pula kau yang hanya budak hingusan.

kau pikir kau macam itu kau boleh buat sesuka hati ke haaaa ??? kau bernasib baik sebab aku mendapat nasihat supaya bersabar kalau ikutkan hati aku kau dah lama aku kerjakan laa... kau nak cakap apa-apa lantak kau la yang penting aku berpuas hati dapat belasah kau cukup ergggg geram aku....

lagi satu kau pikir kau dekat dengan dak  kau boleh ke nak damping dia selalu.. kau dekati dia lagi, kau kacau dia lagi aku still boleh bersabar la.. kau pikir aku tak terkilan ke bila kau kutuk dia depan aku, aku ingat lagi aku tipu kau aku cakap aku nak pergi keluar dengan dia, kau kata kau tak kesah setakat dia takde pape kau cakap dia macam dinding, bapak BODOH la perangai kau nie laki sial.. kau nak perempuan macam mana la sial dulu kau rapat dengan dia bukan main rak lagi.. tapi belakang kau kutuk dia laki jenis apa kau ni????

kau nak perempuan yang hot?? kau nak perempuan yang seksi?? kau nak perempuan yang macam mana nie nak yang dia punye tu besar ke haaa sampai cakap dak tu macam tu cakap kalau dibandingkan dengan dinding sama je........ SIAL la kau ni..

aku nak berambus dulu nanti aku sambung lagi cerita pasal laki SIAL ni... bye3 assalammualaikum dan senyuk sokmo :)

CERITA CERITA CERITA DRAMA DRAMA DRAMA

hari ini hari khamis aku di tempat biasa la apa lagi kan tapi hari ini ada sesuatu berlaku dalam diriku.. aku terpaksa menghadapi banyak kerja dalam satu hari ini, penat terasa di setiap otot dalam badan ku.... cuaca hari ini yang sungguh panas membuat ku rasa berada macam di padang mahsyar subhanallah.. tapi walaupun penat melakukan kerja yang diberi aku mengucapkan terima kasih kepada ya allah kerana diberi kesempatan untuk bertemu dengan si dia..

dia hari ini sangat cantik dengan hari-hari sebelum ini... dapat lihat dengan senyuman dia yang menawan..  pakaian dia yang menarik, kenapa aku perlu ingat dia aek. dah tahu takda guna nak ingat-ingat orang ni tapi kenapa mesti nak ingat dia juga itu yang membuatkan aku menjadi lebih pelik, kene sihir ke apa aku ni ye.. tapi takkan la orang sebaik dia nak sihir orang yang lagi-lagi tak handsome macam aku ni... huhuhuhuu

aku rasa aku nak chooww dulu la nak pergi mandi-mandi nak bersiap pergi solat kat masjid la hari ini so selamat menunaikan solat maghrib anda ye kawan-kawan semua akhir sekali senyum sokmo :)

Tuesday 19 April 2011

ALHAMDULILLAH

hari ini aku dapat hidup lagi walaupun semalam aku mimpikan dia sedang menangis dengan peninggalan ku.. sangat menyedihkan, wah wah wah wah hari ini macam bersemangat nak update blok la pula tapi idea apa yang aku nak update ini.. haaaaa ada idea baru dan baik punya.......

aku nak cakap orang yang aku suka lagi laa, dari sehari ke sehari aku teringat kan dia cara dia ketawa, cara dia gelak, cara dia bercakap dengan orang, cara dia marah orang. semua yang dibuat aku lihat, aku tengok, aku selalu tengok tingkah lakunya. tapi dalam diam juga aku sedang diperhatikan oleh seseorang yang lain. dia merupakan kawan baik aku juga. selalu juga aku mesej dengan dia, tanya khabar dia, tanya dia apa dia tengah buat.. aku suka kalau kacau dia waktu nak tidur sebab waktu tu la suara dia sangat comel dan manja macam menggediksssss la sikit tapi takpe la aku sukakannya.. love her so much muah3

aku ingat lagi waktu aku kejut dia bangun dari tidur, huhhh sungguh menghampakan sebab dia susah nak bangun aku dah kejut hampir 4 kali baru bangun, suaara dia waktu suara asli, aku dengar suara dia makuihhh cair beb wa cakap sama lu..suara dia ala-ala budak yang comel..

aku ingat apa yang dia cakap dulu dia tak suka couple, dia nak fokus kat belajar dulu, so kalau itu lah yang dia nak nak buat macam mana kan.. aku hormati la dia sebagai kawan aku, sebagai manusia yang mempunyai maruah dan juga sebagai orang yang paling aku sayang....

mak aku cakap lau kau nak kat seseorang tu kan kau kene belajar betul2 cari kerja yang terbaek supaya dapat tampung anak orang makan dia, minum dia, tempat tinggal dia, pakaian dia, dan macam-macam lagi laaa. tapi pendapat atuk aku pula, kau kalau ada girlfriend dan kau bawa awek kau bawa balik rumah siap kau... hahahahaha atuk bergurau sebab dia selalu kenekan aku dengan perempuan-perempuan jiran rumah dengan aku.. tapi apa-apa pun family perlu diutamakan sebab family la yang banyak membantu kita dalam segala aspek kan....

baiklah sampai kat sini sahaja la kita sebab aku nak pergi masak laaa aku dah lapa semacam je sekarang ni... arggggg boleh jadi incredible hulk dah aku ni... :) ok selamat tinggal dan assalammualaikum
senyum sokmo:)

DI MALAM YANG SUNYI

hurmm entahla kenapa la malam ni terasa amat sunyi sekali.... tadi aku elok je tapi tetiba je aku rasa ada sesuatu je yang menghantui diriku ini...... aku mengingati dia dari sehari ke sehari, malam sebelum tidur aku teringatkan dia, apa yang dia tengah buat sekarang ni. dia dah makan ke belum, dah study ke belum,

tapi aku rasa lain tentang dia lah, walaupun dia tak cantik mana, bagaimana hatiku boleh tertarik dengan sidia???????? seperti yang aku post sebelum ni.... dye walaupon tak hot macam angelina jolie tpai dia tetap yang terbaik, dia comel, dia alim, sopan santun dah macam dalam cerita 'syurga cinta' la pula. tapi cerita tu memang terbaik laa. lagi-lagi kalau lisa surihani yang berlakun lagi best..

aku nak chow dulu la. aku nak g layan dia kot malam ni.. mungkin laa hehehehe :) takut dia marah aku pula malam2 ni. yelakan orang nak tido kita kacau..

Saturday 16 April 2011

tentang awak yang saya suka sangat-sangat

awak nak tahu tak saya sebenarnya tak tahu kenapa saya boleh suka awak.. sebab awak ini bukan ada apa-apa pun. maksud saya adalah awak ni dah la tak hot macam awek-awek yang saya ada, awak tak seksi seperti mereka, muka awak pun bukan cantik sangat macam awek-awek saya dahulu, suara awak pun bukan merdu sangat pun. sedap lagi suara penyanyi n cute lagi suara bekas awek saya dahulu tu. apa yang ada pada bekas awek saya dahulu semua takda pada awak laaa tapi tak tahu la kenapa saya boleh suka awak...

kenapa?

kenapaa?

kenapa?????????

awak taklah secantik budak2 hot yang pernah saya jumpa, suara awak bukanlah sesedap suara suara perempuan yang ada tapi kan awak. awak ada sesuatu yang orang lain takde tapi awak ada iaitu pendirian teguh awak.... saya sebenarnya  tak tahu kenapa saya sangat sayang dekat awak, tapi saya hanya membuat andaian
1) awak cantik
2) awak comel bila ketawa
3) awak sangat ambil berat pasal orang lain
4) awak mempunyai keuinkan suara yang sendiri dan saya sukakanya
5) awak tegas orangnya
6) awak nie saya nampak alim
7) awak suka buat saya marah
8) awak tak suka memberitahu @ meluahkan masalah kepada orang lain
9) awak nak tumpukan pada pelajaran awak dahulu
10) awak mudah merajuk bila ada orang kenakan awak..

awak nak tahu tak yang awak nie adalah sebaik-baik perempuan yang pernah saya jumpa. tapi kan awak saya tetap tak tahu kenapa saya suka awak... awak nak tahu tak selama saya hidup nie tak pernah sekali saya susah nak padam wajah-wajah perempuan yang saya suka tapi buat hal. tapi bila awak buat hal kan saya sangat susah untuk lupakan awak laaaaa

awak nak tahu tak, saya susah nak bercakap dengan awak sebab saya nak simpan suara saya bila kita berkahwin tapi saya tak tahu la saya dapat bersama awak atau tidakkan kita hanya merancang tuhan yang menentukan betul tak awak?? awak pernah banyak kali buat saya marah, kadang-kadang dalam tidak sedar awak, awak telah membuatkan saya rasa cemburu lah. saya berfikiran positif untuk berfikir yang awak ni hanya mahu melihat takat mana saya sayang pada awak. tapi tetap bersabar...

awak nak tahu tak?? bila awak bermasam muka saya rasa pedih, sebab tu saya banyak tanya pada kawan awak kenapa dia harini adakah sakit ataupun ada masalah lain... kadang-kadang kawan awak cakap yang awak ini takda pape... saya biarkan aja.. tapi hati saya membuak-buka ingin mengetahui apa masalah awak.... kalau boleh kan awak saya nak tengok awak tersenyum selalu...\

saya memohon kepada awak supaya awak tersenyum la selau demi saya ya.. manalah tahu itu lah kali terakhir awak senyum dekat saya pastu saya dah takde dah... manalah tahu kan.... nauzubillahhiminzaliq

senyum sokmo ye awak :)

hari yang menyusahkan bagi ku

        huhhhhh hari sabtu bagi yang bekerja adalah hari yang best untuk bercuti...... bagi pelajar adalah hari yang seronok sebab tak dapat jumpa cikgu yang diorang benci....... bagi pelajar universiti pulak segelintirnya adalah hari yang menyeronokkan bagi aku pula dahsyat hari sabtu dengan ahad nie sebab  sangat boring takde benda nak dibuat laaaa arggggggg
        rancangan hari ini pikir nak pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan ingat nak pergi pantai ke mana-mana la tempat yang best tapi macam haram punya laaa malas..... satu lagi yang aku tak suka hari sabtu ahad ni adalah tak dapat tengok muka dia. itu salahnya aku nie....
        mungkin sampai sini je kot sebab aku pikir aku nak buat kerja sikit laa... tapi tak tahu apa yang aku nak buat sebab kerjanya adalah study... study study studyyyyyyyyyy tu sahaja  yang sekarang aku pikir arggggggggggg boleh jadi gila aku dekat U ni.... ok chow lu.... okey bebey....