nufnang ads

Saturday 26 March 2011

kesian orang sekarang

Monday 21 March 2011

ambil dia sebagai iktibar...

alhamdulillah... tadi terbaca artikel tentang perkapalan aeh salah-salah hurmmmm tentang couple yang sedang hangat dibicarakan di sana sini.... terbaca pula hadis ini
"mana-mana lelaki tidak akan berdua duaan dengan perempuan , melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga" dari at-tirmidzi.
haaaa dari sini betol kan apa yang cuba dia sampaikan mmg betol la huk4 sebab biasanya kalau kita berdua ni macam-macam yang kita akan fikirkan... subhanallah ada sekali masa berjalan di tepi pantai.... jalan punya jalan adalah 2 orang tengah bermadu asmara ish3 memang bukan melayu laaa macam tu kan.. tapi lalu sebelah diorang cakap melayu laaa. tapi ada pula adat melayu mengatakan atau ada pula mak bapak kita atok nenek kita moyang kita berdating?? ada ke, takde kan...
sekarang nie banyak kes khalwat sana khalwat sini  tapi konsep khalwat tak semestinya didalam bilik, dekat hotel..... tahu tak dekat tempat sunyi yang jauh dari pandangan orang pon boleh dikatakan berkhalwat juga tahu tak......
tahu tak... SYAITAN merupakan mahluk yang bijak menghasut, lagi-lagi pada manusia... selagi ada kesempatan yang terluang ia akan menggoda manusia tahu tak?? syaitan mmg tunggu pada tiap masa untuk menarik manusia ke jalan yang sesat...

berpeganngan tangan ini mengikut islam adalah haram sama sekali sebelum berkahwin, sebab kita maseh bukan muhrim lagi layak untuk menyentuh perempuan..... perasaan apa yang seronok sangat untuk pegang tangan nie aek tangan tiap manusia kan ada kulit juga sama je kuku pun ada.. zaman sekarang tengok je laa kat bandar-bandar. dekat kampung bukan main lagi..... subahanallah.

kalau betol- betol la kita suka sangat-sangat dekat seseorang itu kan.. sampai boleh bawa mati walaupun tak berjumpa dengan dia walaupun sehari, sedetik, sesaat kan hantar laa rombongan meminang ikat diri kita dengan pertunangan, TUNANG BUKAN LESEN nak pegang-pegang antara satu sama lain.... sekarang ni tunang je pegang ini pegang itu ada je..... sampai ada satu serbuan yang saya ikut di sekitar selatan tanah air lokasi dirahsiakan hurmmm banyak pasang yang dah bertunang kena tangkap... alasan yang diberi macam SIAL , macam HARAM, 
"takpelah kami dah pun bertunang dah nak kahwin dah pun" 
alasan apa ni... tengok dia senang2 je nak mempersendakan agama dengan mengatkan dengan tunang  boleh buat zina.. ada pun benih yang tersangkut dalam rahim si ibu itu... ia tetap ANAK LUAR NIKAH
kesian dekat anak tu..... terseksa dia apabila kawan2 dia tahu yang dia nie anak luar nikah... subhanallah 

dah ikat pertunangan percepatkan laa perkahwinan... perkahwinan bukan lesen untuk kita buat anak jerw tau tak ? kita mempunyai tanggungjawab yang BESAR dengan menanggung anak orang semasa kita akad nikah itu  sudah teralih tanggungjawab keluarga dengan memberi nafkah kepada kita bagi orang lelaki, sekarang ni tugas adalah di bawah suami...

KES BUANG BAYI DI MALAYSIA
kes macam nie kes yang paling SIAL la boleh aku cakap kalau aku jumpa siapa yang buang bayi ni habis laaa akan ku cincang dia hidup2 dah laa buat perkara terlarang pastu menambahkan dosa lagi huhhh kalau dia dulu ditimbang di padan mahsyar kan.. belum sempat nak letak buku timbang tu dah menurun ke bawah dah.... ish3 subhanallah... jangan laa kita tergolong dalam orang-orang macam nie...jauhkan laaa kalau taknak jaga anak tu rasa menyampah tengok bayi tu. bagilah dekat orang lain.. bagi dekat rumah anak2 yatim senang cerita.... ayat biasa yang dapat diberi pada orang macam nie 
"dah la pandai buat bayi, pastu nak membuang je keje nye ingat tandas2 awam tu tempat buang bayi ke apa, apa punya bodoh laaaa sedangkan kucing pon sayangkan anaknya, kucing itu BINATANG tahu tak?"
ada orang cakap manusia macam binatang.. salah tu manusia lagi teruk dari binatang laaa takde pape yang dapat menggambarkan manusia yang berperangai macam sial nie.... huhhh bangsat punya orang



budaya couple adalah budaya barat, sedangkan kita nie ada dekat timur, ikut laaa budaya timur, taknak ikut budaya timur!! ikut budaya islam... dah ada semua dalam islam....... no couple before married
ambil ini sebagai iktibar bukan aku nak jatuhkan sesiapa... jangan pula terasa hati dengan kataku, sebab ini adalah blogku dan ia dibuat dengan caraku dan dengan kataku...
aku rasa sampai kat sini je laa kowt aku nak g bersiap pula nak g ke kelas.. hari teruk sikit kelas sampai larut malam. terasa malas pula nak pergi .........

maafkan aku dengan bahasa ku yang agak kasar ye ceria selalu :)

Sunday 20 March 2011

hari ini hari isnin

hurmmm masuk jerw ari isnin adalah hari yang tak pernah aku suka selama aku hidup ini, aku pon tak tahu la kenapa sejak dari sekolah lagi aku mmg malas nak g sekolah..... sebab masa sekolah ada perhimpunan rasmi kan. tu yang rasa macam malas je nak g sekolah skunk nie dah besar pom sama gak walaupun dah takde perhimpunan lagi dah.






haaa lau jadi macam nie muka tiap hari isnin kan susah... dah laa takde mood pastu ada orang cari pasal pulak hurmmm mmg siap laaa budak tu kena ngn aku huhhhhhh.......
dulu tiap hari isnin rasa macam malas nak g sekolah mak ada cakap

" kau kalau taknak g sekolah takpe tapi dengan satu syarat kau pergi kerja dan kau hantar mak pergi sekolah, nak ke taknak?"

apa jawapan korang lau dapat soalan macam nie

aku rasa sampai kat sini je laa dulu aku nak g siapkan keje sikit takut nanti tak tersiap kerja aku... ini pon terpaksa buat sebab esok nak kena hantar... hahhahah
moga hidup anda disinari oleh cahaya dan moga dapat menjalani hidup dengan senang

aminnnn..... doakan aku dan kawan2 dapat tempuhi perjalanan perit dengan tabah yerw aminnnn...






blog pertamaku

hari ini merupakan hari bersejarah bagi ku kerana aku baru buka satu blog, yang mana aku pun tahu apa sebenarnya fungsi blog nie. takkan nak luahkan segala isi hati atau segala masalah dalam ini pula kan.. ok laa walaupun tak tahu apa fungsi blog sebenarnya aku akan cuba updatekan diri ku dengan it yang telah maju sekarang ini,
panjang sangat bercerita baik aku perkenalkan diriku dulu, nama ku dari sejak azali lagi mak ku memberi nama megat iskandar, aku nie taklah berapa kaya sangat berbanding dengan orang-orang kaya aku la termiskin, aku hidup sederhana sahaja, mak aku yang cantik, comel, pakej lengkap laaa orang ckp tidak bekerja dia menjadi suri rumah sepenuh masa. manakala bapakku yang handsomenye mengalahkan pelakon hindustan itu bekerja sebagai pengawal keselamatan sahaja...
aku adalah anak kedua dari 4 orang adik beradik, ini bermakna aku adalah anak sulung kan3 hahahaha jadi gila sekejap, adek2 aku maseh bersekolah rendah lagi manakala aku di pengajian tinggi....
apa lagi nie aku nak cakap pasal diri aku nie aek???? aku pon dah pening dah nie... hurmmm makanan feveret aku adalah semua makanan yang berasaskan ayam, tapi janganlah pula bagi nasi untuk ayam tu.. huhhhh minuman feveret aku air kosong, air yang takde pewarna, yang takde gula, n akhir sekali air yang idak membahayakan kesihatan laaa itu yang penting sekarang nie. betul tak??
ok setakat ini sahaja la blog ku pada hari ini. moga aku dipanjangkan umur dan dapat nak berblog or ngobrol2 lagi sama kalian semua... huk4 :)